Friday, 5 July 2013

Panduan menanam Koko

MENANAM KOKO


PENGENALAN

Tanaman koko (Theobroma cacao L.) adalah sejenis tanaman daripada keluarga Sterculiaceae. Terdapat sebanyak 21 spesi tanaman koko yang tumbuh di dunia. Daripada ini hanya satu spesi sahaja iaitu Theobroma cacao yang digunakan untuk tanaman secara komersil.

IKLIM

Sesuai dengan kawasan yang menerima purata taburan hujan di antara 1,250 mm hingga 2,800 mm setahun tanpa musim kemarau melebihi tiga bulan dengan suhu diantara 18oC - 32oC. Angin yang kencang melebihi kelajuan empat meter sesaat boleh mengakibatkan kerosakan pada tangkai daun dan pokok. Untuk menyesuaikan kawasan sedemikian, kelajuan angin kencang boleh dikurangkan dengan menanam pokok-pokok penahan angin di sekeliling kebun koko.

BENIH

Bahan tanaman daripada baka klon adalah disyorkan untuk penanaman kerana ia boleh mengeluarkan hasil yang tinggi berbanding pokok daripada biji benih kacukan. Disamping itu ia juga mempunyai ciri mutu biji koko yang lebih baik dan seragam. Bagi penanaman baka klon, disyorkan supaya sekurang-kurangnya lima jenis klon ditanam di dalam satu-satu kawasan. Klon-klon ini boleh dipilih samada daripada klon KKM atau PBC berasaskan kepada kecergasan dan kesesuaian klon-klon tersebut mengikut lokasi.

SEMAIAN

Di peringkat permulaan anak semaian koko memerlukan lindungan yang tinggi hampir 80%. Keperluan lindungan dikurangkan apabila anak semaian membesar dan sebaiknya sama dengan tahap lindungan di ladang sebelum anak benih diubah. Bergantung kepada matlamat kegunaan, tiga jenis rumah semaian dapat dibuat iaitu jenis kekal, jenis separa kekal dan jenis sementara. Rumah semaian separa kekal diutamakan kerana ia memudahkan pengurusan tahap lindungan yang diperlukan.

Saiz beg politina yang digunakan bergantung pada jangkamasa anak benih disimpan di tapak semaian. Sekiranya anak benih yang disemai dicantum pada peringkat umur 1-2 bulan, beg politina berukuran 6"x 9" (15 cm x 22.5 cm) hendaklah digunakan. Sebaliknya jika anak benih dicantum pada umur 3-4 bulan, beg politina yang besar (8"x12 / 23 cm x 30 cm) hendaklah digunakan.

Pengisian tanah ke dalam polibeg hendaklah menggunakan tanah campuran dengan formulasi 2:1:1 (tanah: pasir: bahan organan). Sebagai baja asas sehanyak 15-20 kg CIRP dan GML digunakan untuk setiap 1 meter padu tanah campuran.

Pengurusan di tapak semaian perlu dilakukan.

- Penyiraman di tapak semaian sekali sehari pada waktu pagi kecuali hujan lebat.
- Anak semaian disiram diantara 0.5-1.0 liter air/beg/sehari, bergantung pada saiz beg
- Sembur racun serangga dan racun kulat 2-3 minggu sekali


CANTASAN

Cantasan merupakan satu aktiviti penting dalam pengurusan tanaman koko. Cantasan yang betul dan mengikut syor dan kekerapan melaksanakannya memberi kesan yang positif terhadap pembajaan serta mengurangkan serangan penyakit dan serangan perosak. Cantasan juga membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki, menggalakkan pertumbuhan lain, kesuburan serta daya pengeluaran hasil yang lebih baik. Dua jenis cantasan yang biasa dilakukan untuk tanaman koko iaitu:-



CANTUMAN POKOK

Bertujuan untukk mendapatkan baka. Ini dilakukan dengan mencantum baka-baka klon yang berpotensi memberi hasil yang tinggi dan bermutu. Cantuman boleh dilakukan sama ada di tapak semaian ataupun di ladang. Kebiasaannya teknik cantuman Modified Green Budding digunakan untuk mencantum pokok di tapak semaian, manakala cantuman biasa boleh dibuat di ladang. Dalam menentukan teknik cantuman yang hendak dibuat, perkara-perkara berikut perlulah diambilkira:-

•teknik cantuman yang mudah
•kos melaksanakan yang murah
•mempunyai kejayaan yang tinggi
•bergantung kepada kemahiran petani

PEMULIHAN KAWASAN

Kebun/ladang yang mengeluarkan hasil serta kualiti biji yang rendah hendaklah dipulih supaya mutu hasil koko dapat dipertingkatkan. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan hasil koko menjadi rendah ialah:-

•amalan kultura pertanian yang tidak sempurna
•pokok terlalu tua
•baka tanaman yang tidak terpilih
Teknik-teknik pemulihan berikut perlulah diambilkira:-

•amalan kultura pertanian yang betul
•cantuman dewasa
•penanaman semula
•pengurusan air

PENYAKIT TANAMAN KOKO:

1. MATI PUCUK KOKO
Penyakit Mati Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah. Penyakit ini juga melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. Penyakit ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.

Tanda-tanda penyakit
Serangan kulat ini akan bermula di bahagian pucuk. Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk akan menjadi kekuningan. Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik hijau. Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan kerosakan di tepi daun akan berlaku. Akhirnya daun-daun yang diserang akan gugur. Liang-liang penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali. Apabila kulit batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan serta merta. Sekiranya penyakit tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama dan akan menyebabkan kematian pokok.

Pengawalan
Cantas batang atau dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan tanda jalur-jalur perang. Sapukan racun kulat Santar A di permukaan cantasan. Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan. Tanamlah jenis koko yang tahan serangan penyakit ini. Jenis Upper Amazon dan kacukan-kacukannya adalah disyorkan. Jangan tanam jenis Amelomado dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.



2. MATI ROSOT KOKO
Penyakit Mati Pucuk (Vascular Streak Die Back) menyebabkan kerosakan pada anak dan pokok dewasa dan mengakibatkan pengeluaran hasil yang rendah. Penyakit ini juga melemahkan pokok hingga boleh menyebabkan kematian. Penyakit Mati Pucuk disebabkan oleh sejenis kulat, Oncobasidium theobromae, dan telah dilapurkan berlaku di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. Penyakit ini merupakan satu daripada faktor utama yang menyebabkan tanaman tidak subur.

Tanda-tanda Penyakit
Serangan kulat ini akan bermula di bahagian pucuk. Satu atau dua helai daun di bahagian pucuk akan menjadi kekuningan. Kadang-kadang daun-daun kuning itu juga berbintik hijau. Kemudian kesan kekuningan akan merebak kepada daun lain dan kerosakan di tepi daun akan berlaku. Akhirnya daun-daun yang diserang akan gugur. Liang-liang penafasan pada batang kelihatan besar dan senang dikenali. Apabila kulit batang yang berpenyakit dibuang, batang yang didedahkan menjadi perang dengan serta merta. Sekiranya penyakit tidak dikawal di peringkat awal, ianya akan merebak ke dahan serta batang utama dan akan menyebabkan kematian pokok.

Pengawalan
Cantas batang atau dahan yang diserang penyakit iaitu sehingga 12 inci ke bawah daripada kawasan tanda jalur-jalur perang. Sapukan racun kulat Santar A di permukaan cantasan. Selepas 3 bulan, jika kawalan ini tidak berjaya, ulangi catasan. Tanamlah jenis koko yang tahan serangan penyakit ini. Jenis Upper Amazon dan kacukan-kacukannya adalah disyorkan. Jangan tanam jenis Amelomado dan kacukannya kerana jenis ini mudah di serang oleh kulat ini.


3. AKAR PUTIH (Rigidoporus lignosus)
Kulat menyerang akar mengakibatkan pokok layu, daun kuning dan akhirnya mati. Kelihatan misellum berwarna putih. Buang sisa atau tunggul tanaman yang terdahulu. Merawat lubang tanaman dengan belerang. Guna racun kulat seperti cyproconazole dicurah ke pangkal pokok.


4. MATI ROSOT JALUR VASCULAR (Oncobasidium theobroma)
Jalur terdapat dalam tisu vascular apabila dibelah. Dahan akan cepat bertukar kepada warna perang apabila dikopek kulitnya. Lenthisel pada batang menjadi kasar dan bengkak. Pucuk yang diserang akan mati rosot. Cantas dahan yang berpenyakit. Jauhkan kawasan semaian dari pokok dewasa yang berpenyakit. Sembur dengan racun kulat seperti cyproconazole, propiconazole, tebuconazole atau difenoconazole.


5. KANKER BATANG (Phytophthora palmmivora)
Bahagian batang yang diserang berwarna gelap dan apabila dikikis bertukar warna kepada merah tua. Serangan yang merebak akan mengelilingi batang pokok dan menyebabkan tanda-tanda mati pucuk. Serangan yang teruk menyebabkan pokok menjadi layu dan kering. Kikis kulit batang yang diserang dan sapu dengan metalaxyl, phosphorus acid atau chlorothalonil. Kutipan hasil dilaku dengan kerap dan buah hitam hendaklah dikutip dan dimusnahkan terutama di musim hujan,. Elak pokok dari terlalu rimbun dan lembap.


6. HAWA BEBENANG (Marasmiellus cyphella)
Terdapat tanda-tanda mati pucuk berlaku. Jalur-jalur kulat berwarna putih bagi hawar bebenang putih dan rerambut hitam berkilat bagi hwar bebenang hitam. Buat cantasan pokok. Sebur dengan copper hydroxide atau copper oxychloride.


7. HAWA DAUN (Phytophthora palmivora)
Terdapat bintik-bintik hitam pada daun-daun muda. Bintik-bintik ini merebak dan menjadi tompok-tompok seperti lecur. Daun serta pucuk muda menjadi layu. Jarangkan susunan anak benih. Guna racun kulat.


8. CENDAWAN ANGIN (Corticium salmonicolor)
Terdapat miselium berwarna putih dan berkilat meliputi dahan dan ranting. Miselium ini kemudian menjadi warna merah jambug. Serangan yang teruk, dahan serta ranting menjadi layu serta reput. Elak keadaan lembab dan teduh. Cantas dahan dan ranting yang kena serangan. Semburkan dengan racun kulat mengaundungi kuprum.


9. KARAH MERAH (Cephaleuros virescens)
Terdapat tompok-tompok perang merekah pada ranting dan dahan. Perlu pembajaan yang mencukupi. Semburkan dengan racun kulat mengandungi kupram.


10. BUAH HITAM (Phytophthora palmivora)
Bintik-bintik perang pada buah bertukar menjadi perang tua sehingga keseluruhan buah menjadi hitam. Jaga kebersihan ladang. Kutip buah masak dan kutip serta musnah buah yang berpenyakit.


11. BUAH PERANG (Botryodiplodia theobromea)
Pada awalnya bintik-bintik berwarna perang pada buah bertukar warna kepada hitam pekat. Semburkan dengan racun kulat yang mengandungi kupram.

MAKHLUK PEROSAK

1. Ulat pengorek buah koko

Kupu-kupu dewasa berwarna coklat/warna kulit dan dahan koko menyerang buah koko pada waktu malam. Tentukan status serangan. Buah masak hendaklah dipetik dengan kekerapan 10-14 hari supaya edaran hidup serangga tidak dapat diteruskan. Cantas agar pokok tinggi melebihi 4 meter tinggi dan terlalu rimbun. Kulit buah hendaklah dibungkus dengan plastik. Sembur racun serangga dan pastikan bahagian yang disembur akan betul-betul basah.

2. Kepinding nyamuk

Nyamuk dewasa menyerang buah koko. Terdapat bintik-bintik hijau basah pada buah yang kemudian berubah menjadi tompok-tompok hitam keras dan menimbul. Pertumbuhan buah akan terbantut, putik-putik menjadi layu dan mati. Cantas pokok. Sembur racun serangga pada lewat petang atau senja untuk membunuh nimfa dan serangga dewasa yang mulai aktif.


3. Kumbang kaboi

Menyerang daun daripada tepi helaian daun terutama daun muda manakala kumbang berwarna coklat memakan bahagian daun yang separa keras terutama bahagian tengah helaian dan menyebabkan daun berlubang-lubang. Pasang tirai di tapak semaian. Pelepah atau plastik boleh digunakan sebagai pelindung di peringkat anak pokok baru dialih ke ladang. Sembur dengan cypermethrin pada waktu petang.

Sejarah Tanaman Sawi Taiwan

SEJARAH TANAMAN
NAMA BIASA :SAWI TAIWAN PAK/PAK CHOY
NAMA BOTANI :Brassica campertris sp
KELUARGA :CRUCIFERAE


Tanaman Taiwan Pak adalah berasal dari kawasan Asia Timur iaitu China,tanaman ini diluaskan di Malaysia sebelum 7 masihi. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan yang rendah dan ia ditanam sebagai tanaman semusim.


Sayur Taiwan Pak mempunyai daun yang berbentuk bujur,lebar dan berwarna hijau pekat. Bahan tanamannya adalah daripada biji benih dan hasilnya boleh dipetik dalam 5 hingga 8 minggu selepas ditanam.Taiwan Pak mempunyai petoil yang kecil, sederhana panjang, mengandungi banyak air dan berwarna hijau muda.


Kebanyakan pengguna memasak Taiwan Pak ini dengan Pelbagai cara.Antaranya ialah dengan mencelur , tumis, dan goreng. Tanaman ini mempunyai banyak kandungan vitaminA ,C dan D serta mineral yang membantu kita memperolehi keperluan zat-zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan . Kandungan Serat yang terkandung di dalamnya membantu dalam system perkumuhan disamping mengekalkan kesihatan kita.


Taiwan Pak ditanam di ladang dengan jarak 30cm antara pokok dan 45cm antara baris . Taiwan Pak ini juga boleh disemai di tapak semaian sebelum di atas batas kekal . Ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan anak benih.


Sekiranya Taiwan Pak ini ditanam dengan cara tabur terus , maka panjarangan perlu dilakukan apabila pokok mencapai ketinggian lebih kurang 4 inci. Penjarangan dibuat dengan jarak di antara 5 hingga 7.5 cm .Penjarangan dilakukan untuk memberikan ruang kepada Taiwan Pak membesar dengan lebih subuh .Dalam masa yang sama , penyiraman yang cukup hendaklah dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.Sekiranya hujan turun , tiada penyiraman yang perlu dilakukan .

Keburukan Rumpai Kepada Bidang Pertanian

Terdapat keburukan rumpai dalam bidang pertanian

I) Menghalang kerja-kerja di ladang.

Kehadiran rumpai menjadikan pergerakan operasi mekanikal di ladang sukar dan mahal.sebagai contoh, rumpai selaput tunggal/ceroma(Mikania micrantha) dan jaga rumpai merayap lain akan melambatkan kerja seperti memetik daun teh, menuai tebu, jagung dan sebagainya. Rumpai berduri seperti bayam duri(Amaranthus spinosus), mimosa/semalu (Mimosa indica) dan kemang gajah (Mimosa pigra) boleh mencederakan binatang ternakan dan manusia.


II) Mejadi pesaing kepada tanaman yang di tanam

Ia menghalang dan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan untuk partumbuhan seperti air, baja, (nutrien), cahaya dan juga ruang. Bagi tumbuhan perkongsian yang seimbang terhadap ruang dan pengambilan nutrien, tidak mungkin wujud sama sekali. Ini adalah kadar keperluan faktor-faktor trsebut berubah-ubah dan berbeza-beza daripada satu tumbuhan kepada satu tumbuhan.


III) Merencatkan pertumbuhan tanaman.

Sesetengah rumpai mengeluarkan bahan kimia (rembesan racun) melalui akarnya yang masih hidup atau yang telah mati.Bahan kimia ini boleh merencatkan pertumbuhan tanaman/tumbuhan yang berhampiran dengannya. Bahan tersebut di panggil sebagai allelopatik. Sebagai contoh lalang (Imperata cylindrical) dan selaput tunggal (Mikania cordata).


IV) Menyekat sistem pengairan dan landskap

Rumpai akuatik yang banyak boleh memperlahankan saliran dan menyebabkan limpahan serta air bertakung di kawasan pertanian. Sebagai contoh, keladi bunting (Eichornia sp, Salvinia sp, Limnocharis sp). Selain itu, ia mengganggu perjalanan di air menggunakan perahu, motorboat dan sebagainya. V Mencacatkan pandangan dan landskap. Keadaan semak yang berpunca daripada rumpai mejadi alasan yang kuat untuk membasmikanya, Ladang dan kawasan pertanian yang penuh dengan semak, bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi juga menyukarkan lalu lintas.


VI) Meningkatkan kos pengeluaran dan penyelenggaraan.

Rumpai perlu di kawal sejak awal-awal kemunculannya dan tidak dibiarkan berberleluasa. Untuk membasmi rumput, pelbagai cara telah digunakan sama ada dengan tangan atau alat-alat yang kecil seperti parang, sbit, tajak dan sebagainya hinggalah alat-alat jentera dan racun rumpai. Semua ini melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha dalam meningkatkan kos pengeluaran. Namun, usaha-usaha masih perlu dibuat untuk mencari jalan bagaimana rumpai dapat dimusnahkan tanpa melibatkan kos yang tinggi.


VII) Mengurangkan kualiti tanaman dan biji benih.

Rumpai dan biji benihnya boleh mencemarkan kualiti hasil keluaran dan juga makanan ternakan. Bayam duri boleh mencederakan haiwan yang meragut seperti lembu dan kambing. Biji benih padi liar atau lebih dikenali rumput sambau (Echinochloa crus-galli) mudah bercampur dengan padi semasa proses menuai. Ini bermakna benih padi akan disimpan untuk digunakan pada masa akan datang, juga mengandungi biji benih rumpai tersebut.