Terdapat keburukan rumpai dalam bidang pertanian
I) Menghalang kerja-kerja di ladang.
Kehadiran rumpai menjadikan pergerakan operasi mekanikal di ladang sukar dan mahal.sebagai contoh, rumpai selaput tunggal/ceroma(Mikania micrantha) dan jaga rumpai merayap lain akan melambatkan kerja seperti memetik daun teh, menuai tebu, jagung dan sebagainya. Rumpai berduri seperti bayam duri(Amaranthus spinosus), mimosa/semalu (Mimosa indica) dan kemang gajah (Mimosa pigra) boleh mencederakan binatang ternakan dan manusia.
II) Mejadi pesaing kepada tanaman yang di tanam
Ia menghalang dan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan untuk partumbuhan seperti air, baja, (nutrien), cahaya dan juga ruang. Bagi tumbuhan perkongsian yang seimbang terhadap ruang dan pengambilan nutrien, tidak mungkin wujud sama sekali. Ini adalah kadar keperluan faktor-faktor trsebut berubah-ubah dan berbeza-beza daripada satu tumbuhan kepada satu tumbuhan.
III) Merencatkan pertumbuhan tanaman.
Sesetengah rumpai mengeluarkan bahan kimia (rembesan racun) melalui akarnya yang masih hidup atau yang telah mati.Bahan kimia ini boleh merencatkan pertumbuhan tanaman/tumbuhan yang berhampiran dengannya. Bahan tersebut di panggil sebagai allelopatik. Sebagai contoh lalang (Imperata cylindrical) dan selaput tunggal (Mikania cordata).
IV) Menyekat sistem pengairan dan landskap
Rumpai akuatik yang banyak boleh memperlahankan saliran dan menyebabkan limpahan serta air bertakung di kawasan pertanian. Sebagai contoh, keladi bunting (Eichornia sp, Salvinia sp, Limnocharis sp). Selain itu, ia mengganggu perjalanan di air menggunakan perahu, motorboat dan sebagainya. V Mencacatkan pandangan dan landskap. Keadaan semak yang berpunca daripada rumpai mejadi alasan yang kuat untuk membasmikanya, Ladang dan kawasan pertanian yang penuh dengan semak, bukan sahaja menyakitkan mata memandang tetapi juga menyukarkan lalu lintas.
VI) Meningkatkan kos pengeluaran dan penyelenggaraan.
Rumpai perlu di kawal sejak awal-awal kemunculannya dan tidak dibiarkan berberleluasa. Untuk membasmi rumput, pelbagai cara telah digunakan sama ada dengan tangan atau alat-alat yang kecil seperti parang, sbit, tajak dan sebagainya hinggalah alat-alat jentera dan racun rumpai. Semua ini melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha dalam meningkatkan kos pengeluaran. Namun, usaha-usaha masih perlu dibuat untuk mencari jalan bagaimana rumpai dapat dimusnahkan tanpa melibatkan kos yang tinggi.
VII) Mengurangkan kualiti tanaman dan biji benih.
Rumpai dan biji benihnya boleh mencemarkan kualiti hasil keluaran dan juga makanan ternakan. Bayam duri boleh mencederakan haiwan yang meragut seperti lembu dan kambing. Biji benih padi liar atau lebih dikenali rumput sambau (Echinochloa crus-galli) mudah bercampur dengan padi semasa proses menuai. Ini bermakna benih padi akan disimpan untuk digunakan pada masa akan datang, juga mengandungi biji benih rumpai tersebut.
No comments:
Post a Comment